KESAN LAPISAN KOMPOSIT PACF TERHADAP ANALISA HABA

Abstract

Description

Kemesraan alam dalam penghasilan produk menjadi fokus untuk mengelakkan kemudaratan pada alam sekitar. Pengunaan plat bipolar (BP) di dalam industri automotif berfungsi sebagai komponen utama sel bahan api membran pertukaran proton (PEM). Plat bipolar ini boleh didapati pada kedua-dua karbon bukan logam dan bahan logam. Walau bagaimanapun, terdapat perdebatan di dalam industri mengenai bahan terbaik untuk digunakan semasa kedua-dua jangka pendek dan jangka panjang, kerana pasaran sel bahan api berskala jumlah yang besar dan setiap bahan lebih sesuai untuk aplikasi tertentu. Justeru itu, dalam kajian ini, komposit Poliamida diperkuat gentian karbon (PACF) telah digunakan untuk diuji tahap mekanikal dan fizikal bagi menghasilkan komponen plat bipolar. Gentian karbon dikenal pasti sebagai bahan yang mampu meningkatkan kekuatan komposit. Di dalam kajian ini akan dijalankan menggunakan gentian karbon bertetulang poliamida (PACF) yang dicetak dengan orientasi mendatar menggunakan teknik Permodelan Deposisi Fius (FDM) melalui mesin Ultimate S3, untuk mengkaji ikatan gabungan antara lapisan dan tingkah laku lehernya. Analisis Haba (TGA/DSC) menunjukkan sampel PACF memberikan keputusan yang sama di mana pada suhu sekitar 374°C berat sampel PACF mula berkurang apabila proses pembakaran dilakukan.Dapat dilihat bahawa imej mikrograf yang di ambil pada kawasan pematahan atau pelekangan untuk sampel 5 jam memberikan gambaran bahawa nanotiub karbon masih di dalam satu arah yang sama iaitu mendatar dan kandungan nanotiub masih banyak. Namun, pada sampel 20 jam menunjukkan banyak permukaan poliamida telah banyak lebur dan nanotiub karbon sudah mula berkurangan dan juga taburan nanotiub yang tidak sekata. Berdasarkan keputusan penyelidikan, pengunaan masa yang sedikit untuk menjalankan uji kaji pengeringan ke atas komposit PACF dapat meningkatkan sifat fizikal dan mekanikal komposit tersebut. Namun, masih terdapat kekurangan yang harus dikaji dengan lebih mendalam untuk mengatasi masalah semasa melakukan uji kaji pengeringan tersebut.

Keywords

KOMPOSIT

Citation

Adhesion behaviour of 3D printed polyamide–carbon fibre composite filament ;