KEBERKESANAN MODUL PEMETAAN KONSEP KOLABORATIF DAN INDIVIDU TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS MURID DALAM SAINS

dc.contributor.authorFATIN AZHANA BINTI ABD AZIZ
dc.date.accessioned2024-04-15T03:44:09Z
dc.date.available2024-04-15T03:44:09Z
dc.date.issued2020
dc.descriptionKualiti kemahiran berfikir kritis murid dalam Sains merupakan masalah utama dalam sistem pendidikan Malaysia. Justeru itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan Modul Pemetaan Konsep Kolaboratif (Modul PKK) dan Modul Pemetaan Konsep Individu (Modul PKI) dalam meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis (KBK) Sains murid dalam bidang pembelajaran Udara, bagi mata pelajaran Sains Tingkatan Satu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen jenis ‘Reversed-Treatment Control Group’ dengan penggunaan tiga kumpulan perbandingan iaitu kumpulan Rawatan PKK, kumpulan Rawatan PKI dan kumpulan konvensional (kawalan). Teknik persampelan bertujuan dilaksanakan terhadap murid-murid tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian bandar di sebuah daerah di negeri Selangor. Jumlah murid yang dipilih sebagai sampel kajian adalah seramai 189 orang murid. Data kajian ini diperoleh daripada Ujian KBK Sains yang mencakupi bidang pembelajaran Udara, yang ditadbir secara praujian dan pascaujian. Keputusan ujian MANCOVA dua hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min skor pascaujian KBK Sains berdasarkan kumpulan pendekatan PKK, PKI dan konvensional, di mana, tahap penguasaan KBK Sains bagi kumpulan Rawatan PKK adalah lebih tinggi berbanding kumpulan Rawatan PKI dan konvensional (kawalan). Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min skor pascaujian KBK Sains berdasarkan jantina. Selain itu juga, tidak terdapat kesan interaksi antara min skor pascaujian KBK Sains berdasarkan kumpulan dan jantina. Keputusan ujian Mann Whitney U juga menunjukkan terdapat perbezaan min skor hasil peta konsep dimana kumpulan Rawatan PKK lebih tinggi berbanding kumpulan Rawatan PKI. Oleh itu, modul PKK adalah berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan KBK Sains murid dalam bidang pembelajaran Udara tanpa mengira jantina.
dc.identifier.urihttps://openscience.ukm.my/handle/123456789/52
dc.subjectPeta konsep
dc.subjectKemahiran Berfikir Kritis
dc.titleKEBERKESANAN MODUL PEMETAAN KONSEP KOLABORATIF DAN INDIVIDU TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS MURID DALAM SAINS

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Tesis_PhD_Fatin_Azhana_Lilia_Halim.PDF
Size:
19.48 MB
Format:
Adobe Portable Document Format